Lelaki cuba lari dari polis, rupanya....

Iklan
Seorang lelaki yang cuba melarikan diri ketika hendak diperiksa di Jalan Bagan Lalang, Sepang, malam tadi ditahan dengan rampasan tiga peket dadah.

SEPANG - Cubaan seorang lelaki melarikan diri ketika diperiksa anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Bagan Lalang, di sini, malam tadi membongkar penemuan dadah.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Zulafendy Hassan berkata, lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan itu pada awalnya ditahan kira-kira jam 11 malam untuk pemeriksaan, namun bertindak memecut motosikalnya dan berjaya ditahan di Teluk Manggis, Sepang.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan telah menjumpai tiga peket plastik berisi bahan disyaki dadah syabu seberat 2.53 gram.

"Suspek berusia 30 tahun telah disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 33 ditahan berjaya ditahan polis dalam rondaan di Jalan Utama Pulau Carey, Kuala Langat kira-kira jam 11.30 malam tadi kerana gagal memberikan alasan munasabah tentang pergerakannya.

Tambahnya, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Peraturan 11 [1] Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Iklan

Justeru, masyarakat diingatkan agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan memberikan kerjasama kepada penguatkuasa dalam melaksanakan tugas.