Di mana Mariani...
Iklan
Nurul Farhana memuat naik status meminta orang ramai mengesan Mariani yang dilaporkan hilang di pusat perlindungan berkenaan.
KUALA SELANGOR - Seorang wanita yang sedang menjalani pemulihan dilaporkan hilang di Pusat Jagaan Orang Tua Selangor Relief Agency (SRA) di sini semalam.
Pengarahnya, Sharil Hussein, 38, berkata, Mariani Md Ariffin, 43, disedari hilang pada jam 8.18 pagi selepas tidak berada di bilik di pusat perlindungan berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika dia berada di rumahnya sebelum dihubungi seorang kakitangannya tentang kehilangan Mariani.
"Mariani mula mendaftar di rumah ini pada Mac lalu iaitu sebulan selepas pembukaan pusat jagaan ini," katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Sharil berkata, wanita berasal dari Manjoi, Perak itu sebelum ini juga pernah menghilangkan diri, namun dijumpai di sekitar Kuala Selangor.
"Ini merupakan kehilangan Mariani kali keempat dan kita telah berusaha mengesannya di beberapa lokasi sehingga ke Tanjong Karang dan Assam Jawa.
Iklan
"Malah, semalam kami cuba mengesannya di lokasi lain antaranya di Sungai Buloh, Jeram dan Kampung Kuantan," katanya.
Katanya, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuala Selangor pada jam 1.16 petang semalam.
Selain itu, Sharil berkata, pihaknya terpaksa mengambil langkah keselamatan lebih tegas termasuk memasang jeriji besi di rumah perlindungan menempatkan seramai 22 penghuni berkenaan.
"Kita sudah melantik pihak syarikat memasang memasang jeriji besi bagi memastikan kes seperti ini tidak kembali berulang membabitkan mana-mana penghuni di bawah jagaan kami," katanya.
Sebelum ini, tular di Facebook berhubung kehilangan Mariani yang menjadi penghuni di pusat perlindungan berkenaan.
Seorang pengguna Facebook menggunakan nama Nurul Farhana memuat naik status meminta orang ramai cuba mengesan wanita berkenaan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa kerajaan negeri dan pemaju gagal menangani isu pengosongan Kampung Seri Makmur, Gombak secara adil, lopar wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Hamzah yang meninjau lokasi perobohan itu pada Khamis berkata, walaupun tanah itu milik pemaju tetapi pihak syarikat patut mempunyai rasa bertanggungjawab untuk membantu penduduk terjejas.
Beliau turut berpandangan, pelaksanaan kerja perobohan terhadap rumah penduduk serta sebuah surau berusia lebih 40 tahun tidak mengikut konsep keadilan sewajarnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667551/edisi/selangor-kl/walau-tanah-milik-pemaju-penduduk-terjejas-wajar-dibantu---hamzah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com