Saya ada menerima sokongan: MB Johor

Iklan
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian akui ada menerima sokongan partinya di peringkat bahagian berhubung isu lawatannya di sempadan perairan Malaysia-Singapura.

Menurutnya, turut menzahirkan sokongan adalah ketua-ketua kampung dan beliau yakin lebih ramai akan berbuat sedemikian dari masa ke semasa.

Iklan
Iklan

"Setakat hari ini, saya menerima beberapa (pesanan) WhatsApp daripada beberapa bahagian Bersatu menyatakan sokongan.

"Ketua-ketua kampung juga. Mungkin satu dua hari lagi, lebih banyak orang akan memberi sokongan," katanya pada sidang media selepas hadir Majlis Pelancaran Festival Islam dan Halal Antarabangsa Johor 2019 di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta komen mengenai kenyataan Pengerusi PKR Johor merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang menempelak Pusat kerana tidak mempertahan Menteri Besar dalam isu dakwaan pencerobohan perairan Singapura.

Osman turut akui ada mendapat restu secara tidak rasmi daripada Menteri dan Timbalan Menteri Luar Negeri untuk mengadakan lawatan tersebut.

Iklan

Terdahulu, Osman mengadakan lawatan ke atas anggota dan pegawai Jabatan Laut Malaysia yang bertugas di atas kapal MV Pedoman di kawasan sempadan perairan Malaysia-Singapura.

Bagaimanapun, Singapura seperti dilaporkan media negara tersebut mendakwa lima kapal termasuk kapal dinaiki Osman memasuki perairan republik itu.

Susulan daripada itu, Osman dituduh menceroboh perairan Singapura sehingga menimbulkan rasa kesal Hassan terhadap sikap berdiam diri pemimpin kerajaan Pusat dan negeri.