Lelaki bawa tin berisi ganja ditahan

Iklan

GOMBAK – Polis menahan seorang lelaki kerana memiliki ganja di sebuah pasar raya di Rawang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, suspek berusia 22 tahun itu ditahan ketika menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan pada jam 10.30 pagi.

Iklan
Iklan

"Kita menjumpai satu bekas tin berisi ketulan mampat tumbuhan kering disyaki dadah ganja serta satu batang rokok gulung,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Arifai berkata, suspek juga gagal memberi alasan munasabah kerana berada di luar rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan

"Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk tindakan lanjut dan akan direman bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan 11 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharaan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya.

Iklan