Covid-19: KKM nafi makmal Hospital Umum Sarawak alami masalah

Iklan
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan wujudnya dakwaan makmal bagi menguji sampel koronavirus (Covid-19) di Hospital Umum Sarawak mengalami masalah teknikal.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai hal tersebut.

Iklan
Iklan

"Tiada berita bahawa makmal kita tidak berfungsi.

"Kalau ada pun masalah, kita akan gunakan makmal swasta," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata sebagai mengulas dakwaan bahawa makmal hospital itu mengalami masalah dan sampel ujian terpaksa dibuat di makmal Universiti Sarawak (Unimas).

Dr Noor Hisham berkata, KKM mempunyai tiga makmal di negeri tersebut iaitu di Hospital Sibu, Unimas dan Hospital Umum Sarawak.

Iklan

"Kita ada perancangan untuk tingkatkan kapasiti di Sarawak dengan pertambahan dua makmal iaitu di Hospital Miri dan Hospital Bintulu," katanya.