Bekalkan makanan mencukupi untuk penduduk PKPD

Iklan
Petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat mengagihkan barangan keperluan harian di sekitar Bandar Baru Selayang yang merupakan antara kawasan dikuatkuasakan PKPD bermula 25 April sehingga 3 Mei ini.
 -Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan berusaha membekalkan makanan yang mencukupi untuk penduduk yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) keenam.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, terkini seramai 20,166 penduduk terlibat PKPD di Pusat Bandar Utara dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Menurutnya, daripada jumlah itu seramai 6,000 ialah warganegara dan mereka dibekalkan dengan bahan makanan.

"Anggaran asal (penduduk tempatan) cuma seramai 1,300 orang, namun kita usahakan tambah bekalan," katanya menerusi ciapan di Twitter beliau.

Iklan

PPKD keenam melibatkan enam blok yang dipecahkan kepada lapan parcel dan mula menjalani perintah tersebut pada Isnin lalu.

Kelmarin, seorang penduduk warganegara memohon supaya mereka dibekalkan dengan bahan mentah seperti ikan, daging dan ayam berikutan kekangan pergerakan.

Iklan

Memetik laporan Sinar Harian, bantuan disalurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini mencukupi namun hanya melibatkan barangan kering seperti beras, tepung dan gula.