Penduduk terkejut terima bantuan makanan 'nasi anjing'
Iklan
JAKARTA - Penduduk Tanjung Priok, Jakarta Utara terkejut menerima bantuan makanan berlauk tertera logo kepala anjing disertai tulisan 'nasi anjing, nasi orang kecil, bersahabat dengan nasi kucing'.
Ketua Pesuruhjaya Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus mengesahkan perkara itu berkata, agihan makanan itu dilakukan di sekitar Masjid Babah Alun, Warakas, Tanjung Priok, Jakarta Utara semalam.