Kaunter TNB alami tekanan selepas Khazanah kurangkan pegangan
Iklan
KUALA LUMPUR - Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengalami tekanan hari ini selepas dana negara, Khazanah Nasional Bhd mengurangkan pegangannya dalam syarikat utiliti itu minggu lalu.
Sejak dagangan bersambung pagi ini saham tersebut mencatatkan penurunan susulan penjualan pada Jumaat lalu setelah Khazanah menjual 1.3 peratus pegangannya.