Covid-19: Arab Saudi tarik balik sebahagian perintah berkurung

Iklan
Raja Arab Saudi mengarahkan perintah berkurung di seluruh negara ditarik balik kecuali di Makkah dan sejumlah kawasan lain yang ditetapkan bermula Ahad hingga 13 Mei

MOSCOW - Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud mengarahkan perintah berkurung di seluruh negara ditarik balik kecuali di Makkah dan sejumlah kawasan lain yang ditetapkan bermula Ahad hingga 13 Mei, memetik agensi berita Arab Saudi (SPA).

Agensi berita Sputnik melaporkan di bawah dekri itu kedai runcit dan beli-belah kembali beroperasi manakala kerja-kerja pembinaan disambung semula.

Iklan
Iklan

Dokumen itu turut menekankan mengenai kepentingan penjarakan sosial dan langkah-langkah pencegahan yang lain.

Selain itu, 'pihak berkuasa berkaitan' diberi kuasa untuk menentukan sama ada restoran, pawagam, salon kecantikan dan kemudahan lain perlu ditutup jika langkah-langkah pencegahan itu tidak dipatuhi.

Iklan
Iklan

Pada Sabtu, Arab Saudi mencatatkan sekitar 16,000 kes dan 136 kematian akibat koronavirus (Covid-19) peningkatan yang stabil iaitu kira-kira 1,000 kes setiap hari sepanjang minggu lalu. - Bernama