Tiada bukti antibodi Covid-19 lindungi jangkitan kali kedua: WHO
Iklan
Gambar hiasan
GENEVA - Setakat ini tiada bukti menunjukkan orang yang sudah pulih daripada Covid-19 dan mempunyai antibodi, dilindungi untuk dijangkiti kali kedua, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua.
Walaupun banyak kajian menunjukkan orang telah sembuh ada antibodi terhadap Covid-19, juga dikenali SARS-CoV-2, WHO mengatakan sebilangan mereka ini mempunyai tahap antibodi peneutral dalam darah yang sangat rendah.