JBPM kesan wanita hilang selepas kemalangan

Iklan
Keadaan kereta mangsa yang terbabas ke dalam longkang besar di laluan utama berhampiran Prima Damansara semalam.

DAMANSARA - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sedang berusaha mengesan seorang wanita yang dipercayai hilang selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang besar di laluan utama berhampiran Prima Damansara semalam.

Difahamkan mangsa wanita berusia 45 tahun itu gagal ditemui di dalam kereta berkenaan sewaktu operasi menyelamat dilakukan di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu menerusi adik mangsa pada jam 10.19 malam dan sepasukan anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira 18 minit kemudian bagi melakukan tugas-tugas menyelamat.

Anggota JBPM giat melakukan operasi mencari mangsa terlibat.

"Kejadian itu melibatkan sebuah kereta jenis Suzuki Swift yang terbabas dan jatuh ke dalam longkang besar di laluan utama Prima Damansara.

Iklan

"Kemalangan itu juga dipercayai berlaku semasa hujan lebat dan dengan keadaan arus yang deras," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Hafisham berkata, pihaknya berjaya mengesan kereta mangsa pada jarak satu kilometer dari lokasi kejadian dan keadaan air pada waktu itu adalah paras paha.

Iklan

Katanya, mangsa juga dipercayai memandu seorang diri sewaktu kejadian tersebut.

"Buat masa ini, JBPM masih sedang giat mengesan mangsa terlibat di sekitar kawasan kejadian ini," katanya.