Kedai jual bunga, pakaian hangus dijilat api

Iklan
Kejadian berlaku dekat Jalan Raya Kulim, kira-kira 3.50 pagi tadi.

KULIM - Dua premis membabitkan kedai bunga dan pakaian musnah dalam kebakaran di Jalan Raya Kulim, kira-kira 3.50 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, bomba menerima panggilan pada jam 3.57 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.