Abang Jo tidak mudah lupa diri
Iklan
Abang Johari yang juga calon GPS bagi DUN Gedong diumumkan menang tanpa bertanding pada PRN Sarawak ke-13 di Pusat Penamaan Calon, Dewan Masyarakat Gedong pada Sabtu. Foto Bernama
SELESAI penamaan calon, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Tan Sri Abang Johari Tun Openg hampir pasti membentuk kerajaan baharu.
Daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dipertandingkan, GPS telah pun menang tanpa bertanding sebanyak 29 kerusi. GPS hanya memerlukan 12 lagi kerusi untuk mencapai majoriti mudah.