Pengajaran daripada kemelut politik NS
Iklan
Episod kemelut politik-Istana di Negeri Sembilan sepatutnya menjadi peringatan bahawa politik bukan sekadar seni mendapatkan kuasa, tetapi juga seni mengurus kuasa, mengawal ego dan mencari penyelesaian apabila berlaku kebuntuan. Foto hiasan
KEMELUT politik Negeri Sembilan berakhir Jumaat lalu. Datuk Seri Ismail Lasim kekal Menteri Besar walaupun mulanya beliau didesas-desuskan meletakkan jawatan.
Enam anggota Exco baharu yang secara kolektif akan bertindak sebagai Kabinet negeri juga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Mereka kini boleh menjalankan tugas masing-masing mengurus pentadbiran negeri yang tergendala sejak pilihan raya negeri diadakan.