'Saya dianggap pengkhianat bangsa sendiri' - Kok Seong
Iklan
Kok Seong. Foto SINAR HARIAN-HALIM WAHID
ANAK kelahiran Tumpat, Kelantan, PROFESOR EMERITUS DATUK DR TEO KOK SEONG, 73, tidak gentar mengkritik masyarakat Cina sendiri sehingga ada yang menganggapnya sebagai ‘pengkhianat bangsa’.
Bagi Felo Kanan Majlis Profesor Negara itu, kritikan tersebut merupakan tanggungjawab dan amanah ilmu, bukannya sekadar mahu membuka pekung di dada, sebaliknya mencari penyelesaian demi pembentukan bangsa Malaysia.