Mana penghujung kemelut Negeri Sembilan?
Iklan
Adakah pertemuan kali ini mampu menoktahkan krisis yang berlarutan sejak selepas PRN atau bakal membuka satu lagi episod baharu. Gambar hiasan
SEBAGAI pengundi di Negeri Sembilan, saya percaya bukan saya seorang yang semakin penat dan muak melihat kemelut politik negeri ini yang seolah-olah tiada penghujungnya.
Pilihan raya negeri (PRN) sudah berlalu hampir empat bulan, namun apa yang berlaku selepas itu lebih banyak memperlihatkan episod pertelingkahan politik berbanding usaha membangunkan negeri.