Adakah UMNO perlukan pilihan raya PBT?
Iklan
Sekalipun kerjasama BN-PN boleh memberi nafas baru kepada UMNO di Selangor dan Pulau Pinang, ia tidak akan menyelesaikan krisis kepupusan UMNO di empat negeri utara. Gambar hiasan
PILIHAN raya tempatan digantung pada 1965 bukan kerana konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia yang dijadikan dalihnya, tetapi kerana Perikatan tidak dapat bersaing dengan pembangkang di kota-kota besar.
Pelantikan ahli majlis pada 1976 bukan saja untuk melibatkan golongan profesional dan wakil komuniti, tetapi untuk memberikan monopoli kepada parti pemerintah negeri yang ketika itu semuanya BN.