Wanita warga emas maut digilis bas

Iklan
disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. - FOTO: JBPM Sarawak

SIBU - Seorang wanita warga emas maut selepas digilis sebuah bas dalam kemalangan jalan raya berhampiran Pasar Sentral Sibu di Jalan Channel di sini pada Selasa. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa, Baya Ramba, 64, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira dua kilometer dari balai selepas menerima panggilan kecemasan jam 9.38 pagi.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan KKM sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Selasa. 

Iklan

Operasi ditamatkan pada 10.25 pagi selepas memastikan keadaan di lokasi kejadian selamat. - Bernama 

 

Iklan