Usul tergempar Amanah Johor sokong cabar tahanan rumah Najib diterima perwakilan

Iklan
Fadhli Umar

SHAH ALAM - Perwakilan Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor membawa usul tergempar menyokong penuh tindakan Majlis Peguam fail semakan kehakiman cabar tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak.

Usul berkenaan dibawa pada Konvensyen Nasional 2026 Amanah yang berlangsung pada Ahad dan mendapat sokongan daripada semua perwakilan.

Iklan
Iklan

Ahli Jawatankuasa Pemuda Amanah Nasional, Fadhli Umar berkata, perkara itu merupakan isu besar malah masih bersambung lagi dengan kes rasuah dan sakau yang dibuat oleh kleptokrat.

Menurutnya, usul berkenaan dikemukakan bagi menyatakan pendirian Amanah yang mengecam pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib.

Iklan

“Amanah sentiasa berpegang kepada prinsip keluhuran Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang (rule of law) dan doktrin pengasingan kuasa sebagai teras utama agenda reformasi institusi negara.

"Majlis Peguam Malaysia telah memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keabsahan perintah tahanan rumah terhadap Najib.

Iklan

"Antara asas yang dibangkitkan ialah pelaksanaan hukuman berkenaan yang didakwa tidak mempunyai peruntukan jelas dalam undang-undang jenayah negara, selain menimbulkan persoalan berkaitan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip kesamarataan di sisi undang-undang," katanya ketika membentangkan usul berkenaan.

Fadhli berkata, pendirian tersebut bukan bermaksud mempertikaikan atau tidak menghormati institusi Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Jelas beliau, sebaliknya bertujuan memastikan setiap keputusan dan pelaksanaan undang-undang negara selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Kita tetap menyanjung tinggi kuasa YDPA serta menghormati institusi Raja-Raja Melayu namun, dalam masa sama, kita mahu memastikan prinsip kesaksamaan dan keadilan terus dipelihara.

"Jangan sampai wujud persepsi bahawa terdapat layanan istimewa atau standard berbeza dalam sistem perundangan negara," ujarnya.