Pembinaan negara bangsa Malaysia
Iklan
Identiti nasional yang matang membolehkan seseorang mengekalkan warisan komuniti masing-masing sambil mempunyai kesetiaan kukuh kepada negara.
PEMBINAAN negara bangsa Malaysia perlu dilihat melangkaui persoalan perpaduan antara etnik, kestabilan politik dan pembangunan ekonomi.
Cabaran lebih besar ialah membentuk masyarakat benar-benar merasakan negara ini milik bersama, masa depannya merupakan tanggungjawab bersama dan kejayaannya perlu dinikmati bersama.