Perjumpaan ADUN BN-PN malam ini rungkai masalah di Negeri Sembilan - Tok Mat

Iklan
Mohamad ketika hadir ke Wisma UMNO di Seremban pada Jumaat.

SEREMBAN - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Barisan Nasional(BN) dan Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan akan menghadiri sesi perjumpaan khas di Wisma UMNO di sini pada Jumaat.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perjumpaan berkenaan diadakan bagi merungkai segala masalah yang sedang berlaku di negeri ini, termasuk berkaitan jawatan Menteri Besar.

Iklan
Iklan

"Negara kita negara yang berpelembagaan, negara yang ada undang-undang. Jadi semuanya mesti dilakukan dengan betul.

"Kalau buat secara tertib, saya rasa tak ada isu. Ikutlah tertib, jangan ambil jalan pintas,"katanya kepada pemberita.

Iklan

Beliau juga secara peribadi memaklumkan mahu krisis yang sedang berlaku di negeri berkenaan dapat diselesaikan segera.

Terdahulu, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mustapha Nagoor dilihat menyambut kedatangan Mohamad.

Iklan

Turut hadir ke bangunan terbabit ialah beberapa pemimpin UMNO negeri.

Sebelum ini Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim menegaskan bahawa beliau tidak pernah  mengemukakan atau memberikan persetujuan berkenaan surat peletakan jawatannya dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Beliau turut memaklumkan telah dititah oleh Tuanku Muhriz untuk meneruskan tugas seperti biasa.

Bagaimanapun Istana Negeri Sembilan mengeluarkan kenyataan, meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu menunjukkan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti ADUN untuk terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.