Wakaf pendidikan ubah masa depan

Iklan
myWaqafPTPTN adalah sebagai salah satu inisiatif untuk mempelbagaikan sumber dana PTPTN bagi tujuan pembiayaan pendidikan tinggi selain pemberian pinjaman pendidikan sedia ada.

DALAM usaha memperluas akses kepada pendidikan tinggi, pendekatan berasaskan wakaf semakin mendapat perhatian sebagai instrumen strategik yang berperanan menyokong kelestarian pembiayaan pendidikan serta memperkukuh pembangunan modal insan negara.

Menyedari pendidikan merupakan pemangkin utama mobiliti sosial dankemajuan ekonomi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) memperkenalkanmyWaqafPTPTN, iaitu platform wakaf tunai yang membolehkan masyarakatmenyumbang kepada kelangsungan pendidikan generasi akan datang.

Iklan
Iklan

myWaqafPTPTN adalah sebagai salah satu inisiatif untuk mempelbagaikan sumber dana PTPTN bagi tujuan pembiayaan pendidikan tinggi selain pemberian pinjaman pendidikan sedia ada.

Inisiatif ini juga merupakan instrumen yang membolehkan sumbangan diterima daripada orang ramai, syarikat korporat atau organisasi untuk sama-sama berkongsi tanggungjawab dalam memperkasakan akses kepada pendidikan tinggi negara, terutamanya kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Iklan

Inisiatif ini bukan sekadar menghimpunkan dana, sebaliknya membina ekosistem kebajikan yang memberi manfaat berterusan melalui konsep wakaf yang berkekalan.

Setiap sumbangan wakaf diuruskan oleh Yayasan Waqaf Malaysia dan dilaburkan dalam instrumen yang mematuhi prinsip syariah, manakala hasil pulangan pelaburan dimanfaatkan oleh PTPTN untuk menyediakan biasiswa kepada mahasiswa daripada keluarga asnaf, B40 dan M40 yang layak.

Iklan

Tiada had minimum atau maksimum ditetapkan untuk berwakaf, malah sumbangan yang dibuat turut layak menikmati potongan cukai 10 peratus daripada pendapatan agregat, menurut Subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.