Amalan memberi bina kesepakatan ummah
Iklan
Amalan memberi dan berinfakkan rezeki membawa maksud yang jauh lebih luas daripada sekadar bantuan fizikal atau penyerahan barangan semata-mata. Foto hiasan (Gambar kecil: Mohd Ridhuwan)
DALAM mendepani sosioekonomi semasa yang serba mencabar, amalan saling membantu dan memberi merupakan antara perkara terpenting dalam mengukuhkan kesejahteraan sesebuah masyarakat.
Isu kenaikan kos sara hidup dan tekanan ekonomi yang dirasai oleh pelbagai lapisan rakyat hari ini menuntut satu bentuk keprihatinan kolektif.