Rakyat marah tapi kenapa undi tak berubah?
Iklan
Dalam konteks Melaka, rakyat mungkin sudah selesa dengan kerajaan yang ada dan mereka yakin pihak lawan tidak mampu menawarkan sesuatu yang lebih baik. Foto hiasan
MUTAKHIR ini, seolah-olah tiada hari berlalu tanpa sesuatu yang mengundang keresahan rakyat. Daripada isu kos sara hidup, dakwaan layanan dua darjat dalam penguatkuasaan undang-undang, percanggahan kenyataan pemimpin, hinggalah kepada pelbagai keputusan kerajaan yang menimbulkan persoalan tentang keadilan dan integriti.
Di media sosial, kemarahan rakyat begitu ketara. Ada yang kecewa, ada yang hilang kepercayaan, malah tidak kurang yang merasakan prinsip keadilan semakin dikompromikan demi kepentingan politik.