KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 melanda rantau Flores, Indonesia pada 12.41 tengah hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berlaku pada koordinat 8.3 darjah Selatan dan 120.6 darjah Timur, kira-kira 209 kilometer ke timur Bima, Indonesia, dengan kedalaman 10 kilometer.