Apabila tanah jadi isu
Iklan
Timbul kontroversi membabitkan premium tanah dari RM4.67 juta kepada hanya RM1,000 yang diperoleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.
SUATU ketika dahulu, tanah diberi kerana jasa. Atlet yang mengharumkan nama negeri atau individu yang memberi sumbangan luar biasa kepada masyarakat diraikan dengan pemberian tanah sebagai tanda penghargaan.
Ketika skuad bola sepak Kedah mencipta sejarah double treble, pemain dan pegawai pasukan menerima ganjaran tanah daripada kerajaan negeri. Tidak banyak bantahan kedengaran ketika itu kerana rakyat melihat ganjaran tersebut lahir daripada usaha, keringat dan pencapaian yang nyata.