Banjir sistem penindasan yang senyap
Iklan
Pembangunan perlu ambil kira keupayaan mengekalkan ekosistem yang melindungi kehidupan, mengurangkan risiko bencana dan menjamin kesejahteraan generasi akan datang. Gambar hiasan.
SETIAP kali musim banjir tiba, rakyat disajikan skrip serupa. Mereka diingatkan tidak membuang sampah merata-rata hingga menyumbat longkang dan saliran, selain mencemarkan sungai.
Seolah-olah sikap rakyat yang gagal menjaga kebersihan punca utama banjir.