5 faktor gelombang biru badai Melaka
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Ahad 'Tsunami biru landa Melaka'.
KEJAYAAN gandingan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) meraih 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 tidak hanya didorong formula penyatuan ummah.
Dengan seramai 493,573 pengundi atau 71.77 peratus daripada keseluruhan pemilih berdaftar turun mengundi pada Sabtu, keputusan PRN Melaka memberi indikator jelas bahawa formula gelombang biru semakin mendapat tempat dalam kalangan pengundi Melayu.