Sistem pertahanan udara Bahrain patahkan beberapa serangan udara

Iklan
Sistem pertahanan udara Angkatan Pertahanan Bahrain berjaya mematahkan dan menggagalkan beberapa serangan udara Iran pada Ahad.

BEIRUT - Sistem pertahanan udara Bahrain berjaya mematahkan beberapa serangan udara pada Ahad, menurut Kementerian Pertahanan negara itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Sistem pertahanan udara Angkatan Pertahanan Bahrain berjaya mematahkan dan menggagalkan beberapa serangan udara Iran pada Ahad, 15 November, sebelum serangan itu mencapai sasarannya,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa semua unit angkatan tentera Bahrain berada dalam keadaan berjaga-jaga tahap tinggi bagi memastikan keselamatan negara.

Terdahulu pada Ahad, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa pihaknya menggunakan enam pesawat udara tanpa pemandu (UAV) untuk menyasarkan radar pertahanan udara Amerika Syarikat (AS) di pangkalan tentera Riffa, Bahrain.

Iklan

IRGC memaklumkan serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap tindakan bermusuhan oleh AS. - Bernama-Sputnik/RIA Novosti

 

Iklan