Instafamous Ayana teruja sambut Ramadan bersama adik

Iklan
Ayana bersama adiknya kini bergelar mualaf. -Foto: Instagram Ayana

SEOUL - Personaliti media sosial dari Korea Selatan yang memulakan kerjaya di Indonesia, Ayana Moon menyambut Ramadan tahun ini dengan penuh kesyukuran apabila adik lelakinya kini memeluk Islam.

Menerusi Instagram miliknya, Ayana berkongsi momen indah bersama adiknya ketika menunaikan solat termasuk persediaan menyambut Ramadan dengan membeli barang makanan di pasar raya di Seoul.