DAP, PH jangan jadi budak-budak - Ab Jalil Backer
Iklan
Anthony sepatutnya menerima keputusan Perdana Menteri dan memohon menghadap Agong untuk memohon ampun atas ketelanjurannya. Foto fail Bernama
AGAKNYA ramai pemimpin politik di Malaysia mempunyai bakat luar biasa sebagai pelakon teater. Mereka bertukar watak dan pendirian begitu meyakinkan, seolah-olah penonton sudah lupa babak sebelumnya.
Pementasan terbaharu mungkin milik Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke. Drama peletakan jawatannya berlarutan sejak September lalu.