Tiga faktor Melaka terus membiru - Penganalisis
Iklan
Kerjasama politik antara kedua-dua blok berjaya diterjemahkan kepada pemindahan undi. Gambar kecil: Sivamurugan (kiri) dan Mohamad Hafis
MELAKA - Kekuatan jentera, pengaruh akar umbi serta keupayaan menyatukan undi Melayu menjadi faktor utama Barisan Nasional (BN) - Perikatan Nasional (PN) berjaya mengekalkan mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, kelebihan itu memberikan gabungan 'dua gergasi biru' itu kekuatan tambahan apabila kerjasama politik antara kedua-dua blok berjaya diterjemahkan kepada pemindahan undi.