Sisi kemanusiaan pengampunan diraja
Iklan
Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri untuk memberikan pengampunan, penangguhan atau peringanan hukuman.
DALAM sistem keadilan, seseorang yang didapati bersalah oleh mahkamah, perlu menerima hukuman atas kesalahan yang dilakukannya. Hukuman merupakan sebahagian daripada proses menegakkan undang-undang dan memastikan setiap individu bertanggungjawab terhadap perbuatannya.
Namun, adakah keadilan semestinya berakhir dengan hukuman? Apakah selepas seseorang dijatuhi hukuman, tidak ada lagi ruang untuk mempertimbangkan keadaan kemanusiaannya?