[TIDAK RASMI] PRN Melaka: Helmy menang besar di Duyong, majoriti 10,067 undi

Iklan
Mohd Noor Helmy

AYER KEROH – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem mencatat kemenangan besar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong apabila mendahului dengan majoriti 10,067 undi berdasarkan kiraan semasa tidak rasmi.

Beliau memperoleh 15,064 undi, jauh meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH), Poo Long Suan yang meraih 4,997 undi.

Iklan
Iklan

Majoriti itu menyaksikan peningkatan ketara berbanding kemenangan tipis BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021 apabila parti itu hanya memperoleh majoriti 200 undi di kerusi berkenaan.

Mohd Noor Helmy, 45, merupakan penyandang kerusi DUN Duyong sejak memenanginya pada PRN 2021 apabila menewaskan penyandang ketika itu, Damian Yeo daripada DAP.

Iklan

Beliau pernah memegang jawatan Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka serta dikenali menerusi pendekatan turun padang dan penggunaan media sosial untuk berkongsi aktiviti khidmat masyarakat serta menyelesaikan aduan penduduk.

Pada kempen PRN kali ini, beliau menjadikan rekod perkhidmatan sepanjang lima tahun sebagai sandaran untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Iklan