MELAKA - Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat jam 8 malam menunjukkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memperoleh majoriti 7,780 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.
Ab Rauf yang juga Pengerusi BN Melaka memperoleh 8,704 undi, manakala pencabarnya, Mohd Yunazri Mustamiri daripada Pakatan Harapan (PH) mendapat 924 undi.