Menggapai cahaya, meninggalkan kegelapan
Iklan
Tunku Zain (dua dari kanan) bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor (dua dari kiri) ketika kunjungan ke Rumah Sri Gaya baru-baru ini.
SEJAK penulisan terakhir saya mengenai kesan pilihan raya domestik terhadap landskap antarabangsa, kepentingan pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) di peringkat dunia telah pun mengatasi pilihan raya yang saya sebutkan sebelum ini.
Kemenangan besar Parti Demokrat ke atas Parti Republikan (yang disifatkan oleh Gabenor Florida, Ron DeSantis, sebagai 'peristiwa yang mengancam kelangsungan hidup') telah mencetuskan penjualan saham kecerdasan buatan (AI) di Nasdaq, susulan kebimbangan terhadap kemungkinan pengawalseliaan AI yang lebih ketat.