Adakah kempen tradisional sesuai zaman sekarang?
Iklan
Bendera parti-parti politik menghiasi sepanjang jalan di sekitar Durian Tunggal menjelang PRN Melaka ke-16 pada Sabtu. Foto Bernama
ZAMAN sekarang menjelang pilihan raya, parti politik masih terikat kempen tradisional yang merangkumi pemasangan bendera-bender parti, ceramah mega atau kecil-kecilan serta membeli ruang iklan di akhbar mahupun media sosial.
Bagi parti lama yang mempunyai dana besar, perbelanjaan berjuta-juta ringgit mungkin bukanlah sesuatu masalah. Namun bagi parti-parti baharu yang kekurangan sumber, adakah pendekatan sebegini benar-benar berbaloi?