Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 3 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh negeri Melaka, manakala di Selangor melibatkan Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Kuala Selangor.

Iklan
Iklan

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan, membabitkan Seremban, Port Dickson dan Jelebu serta Johor di Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai, Kluang dan Mersing.

Sementara itu, di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Pedalaman (Sook, Tambunan dan Keningau), Sandakan (Paitan, Labuk dan Sugut, Telupid, Sandakan dan Tongod), Pantai Barat (Ranau) serta Tawau (Tawau dan Kalabakan).- Bernama

Iklan
Iklan