Juara hari ini, menganggur esok?
Iklan
Atlet boleh mengikuti diploma atau ijazah sesuai, sambil mengambil latihan kemahiran secara berperingkat mengikut kemampuan mereka. Foto hiasan (Gambar kecil: Mohd Zulfadli)
SAYA menyambut baik gagasan Menteri Pendidikan Tinggi untuk meneroka penubuhan universiti khusus dalam bidang Sains Sukan. Usaha ini boleh memperkukuh pembangunan atlet negara melalui pendidikan, penyelidikan dan sokongan prestasi yang lebih tersusun.
Dalam merancangnya, persediaan kerjaya selepas tamat zaman pertandingan perlu diberi tempat jelas sejak awal. Kerjaya sebagai atlet mempunyai cabarannya sendiri. Kecederaan, perubahan prestasi atau kegagalan mendapat tempat dalam pasukan boleh mengubah perancangan seseorang.