KUALA LUMPUR - Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan perkhidmatan trennya akan terus ditangguhkan buat sementara sehingga hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
ERL dalam satu kenyataannya hari ini menyatakan jadual baharu boleh diperoleh di www.KLIAexpress.com dan KLIA Ekspress Facebook sekurang-kurangnya tiga hari sebelum akhir tempoh PKP bagi menyediakan perkhidmatan tren yang penting kepada pengguna dan penumpang.