Serangan siber
Iklan
Isu serangan siber semakin hangat diperkatakan orang ramai apabila laman web institusi kewangan dan kerajaan menjadi sasaran penggodam. - Gambar hiasan
KEBELAKANGAN ini kita kerap membaca berita mengenai ‘serangan siber’. Akhbar ini, pada 8 November lalu, melaporkan Malaysia berada di kedudukan ke-19 dalam senarai negara paling banyak merekodkan pengesanan ancaman serangan siber berdasarkan paparan peta ancaman siber langsung (Cyberthreat Live Map) kendalian syarikat keselamatan siber global, Kaspersky.
Setakat sekarang keadaan terkawal dan menurut pihak berkuasa dengan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara (NCTL) kekal pada tahap sederhana. Dan kita tidak perlu ragu-ragu akan hal ini. Kita yakin Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (NC4) tahu apa yang patut dilakukan.