Rasuah dan kipas sama-sama bahaya
Iklan
Budaya membodek dan mengampu bos bukan sekadar merosakkan hubungan di tempat kerja, malah boleh menghancurkan integriti, meritokrasi dan keadilan dalam organisasi serta dunia politik. Gambar hiasan
PERNAH tak anda berdepan rakan sekerja yang mempunyai perangai suka mengipas? Kalau bos masuk pejabat, dialah beria-ia menyambut. Kalau bos buat lawak, dialah yang kuat ketawa walaupun kadangkala jenakanya tak sekelakar mana.
Dialah juga paling banyak mengangguk apabila bos bercakap, seolah-olah setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut ketuanya itu amanat berguna. Sesekali ada peluang, dia melontar pujian terhadap ketuanya itu.