Musibah ketika liputan pesawat terhempas
Iklan
Kami sendiri berdepan musibah ketika mahu melaporkan kemalangan orang lain. Namun, tanggungjawab mendapatkan berita tetap menjadi keutamaan. Foto hiasan
MUSIM hujan melanda ibu negara ketika ini mengingatkan saya kepada satu peristiwa berlaku kira-kira 17 tahun lalu.
Tarikh 29 Oktober 2009, ketika itu hujan lebat dan saya berada di pejabat Sinar Harian di Shah Alam. Hari pula sudah lewat petang, hampir waktu Maghrib. Saya terima satu mesej memaklumkan sebuah pesawat ringan terhempas di Hulu Bernam.