Ancaman siber bukan gimik politik
Iklan
Dengan kemajuan AI ancaman siber sudah memasuki tahap membimbangkan, seorang pengaturcara komputer yang hebat boleh mengatur ribuan serangan siber secara serentak.. - Gambar hiasan
LEBIH 50 tahun lalu, pemikir pascamoden Perancis, Jean Baudrillard, mengemukakan gagasan bahawa simulasi akhirnya akan mengambil alih realiti.
Hari ini, sebahagian besar kehidupan manusia seolah-olah telah meninggalkan dunia nyata dan berpindah ke dalam apa yang disebut sebagai hiperrealiti (hyperreality).