Melaka mengundi: Rakyat mahu wakil, bukan sekadar pemegang jawatan
Iklan
PRN Melaka perlu dilihat lebih jauh daripada persaingan antara parti dan calon. Foto Bernama
MENJELANG Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini, pentas politik sekali lagi menjadi tumpuan. Parti-parti politik menyusun strategi, calon diperkenalkan, jentera digerakkan dan pelbagai janji mula diperdengarkan. Suasana kempen memperlihatkan betapa pentingnya setiap undi dalam menentukan arah pentadbiran negeri.
Namun, di sebalik kemeriahan kempen dan percaturan politik, ada satu persoalan yang wajar direnungkan: adakah pilihan raya ini benar-benar menjadi medan memperjuangkan kepentingan rakyat atau sekadar gelanggang merebut kuasa?