'Terpaksa tukar enjin' - Mangsa harap dapat pembayaran penuh
Iklan
Petrol yang bercampur air dikeluarkan dari tangki petrol Honda Stream milik Hafiz.
KOTA BHARU – Seorang pemilik kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream yang mengalami kerosakan selepas mengisi petrol disyaki tercemar di sebuah stesen minyak di Tanjung Mas di sini berharap mendapat bayaran ganti rugi penuh atau sekurang-kurangnya setimpal dengan kerugian ditanggung.
Peniaga, Hafiz Rahim, 43, berkata, dia bersyukur dengan perkembangan terbaharu apabila Petron dan Caltex mula menyalurkan bayaran ihsan kepada pengguna yang terjejas.