NKVE terendam, Selangor tenggelam
Iklan
NKVE ditenggelami air akibat banjir kilat. - FOTO: PLUS Malaysia
MIMPI ngeri untuk 800,000 rakyat yang tinggal dan bekerja di Shah Alam. Minggu ini sahaja dua kali Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) ditutup kedua-duanya ketika waktu puncak kerana banjir kilat.
Pada 2 November, PLUS menutup kedua-dua arah NKVE antara Kilometer (KM) KM9.1 dan KM9.4 sekitar jam 6.20 petang, ketika ribuan warga kota baru keluar dari pejabat. Awal pagi Rabu, air kembali menenggelamkan KM9.1 dan PLUS terpaksa menutup semua lorong sehingga melepasi waktu puncak pagi, selain beberapa laluan GCE dan ELITE.