Aliff Daniel, ibu dan adik perempuan isytihar taubat

Iklan
Aliff Daniel (kanan), ibu dan adik perempuannya ketika melafazkan pengisytiharan taubat dalam majlis yang berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Khamis. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Aliff Daniel Adli, 21, membuat pengisytiharan taubat secara terbuka bersama ibunya, Rohizayanti Ramli, 52 dan adiknya, Nur Ranea Ezreen Adli, 19, di sini pada Khamis.

Tiga beranak itu melafazkan taubat secara terbuka menerusi Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah).

Iklan
Iklan

Dalam pengisytiharan itu, Aliff Daniel mengakui berpuasa selama seminggu dengan hanya mengambil sayur-sayuran dan air sebelum menyertai ritual agama Hindu ketika sambutan Thaipusam.

Aliff Daniel, 21, turut mengakui melakukan beberapa ritual termasuk mencucuk trisula pada pipi, meletakkan bel pada lidah serta membawa bekas susu atau pal kudam ketika berarak ke sebuah kuil di Batu Caves, Gombak pada Januari 2024.

Iklan

Dalam pengisytiharan itu, Aliff Daniel turut mengakui bernazar menerusi ritual agama Hindu bagi tujuan berkaitan ibunya, kebahagiaan keluarga, penghapusan dosa dan penyucian diri.

Aliff Daniel (tengah) bersama ibunya ketika majlis pengisytiharan taubat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Khamis. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Daniel isytihar taubat hari ini

Aliff Daniel, ibu dan adik perempuan isytihar taubat

 Lakukan ritual agama lain: Ibu Aliff Daniel sebak ketika lafaz taubat, akui gagal bimbing anak

Aliff Daniel isytihar taubat, akui berpuasa seminggu sebelum ritual Thaipusam

Aliff Daniel diperintah jalani pemulihan akidah tiga bulan, bertaubat

Beliau turut menyatakan pernah melakukan ritual agama Hindu dan Buddha di Indonesia serta India, selain mengamalkan pelbagai bentuk rawatan menggunakan mantera yang bukan bersumberkan ajaran Islam.

Aliff Daniel memberitahu, segala perbuatan itu dilakukan sebelum ini sehingga menimbulkan kegusaran awam, kekeliruan dan menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Beliau turut menegaskan pengisytiharan itu dibuat atas kesedaran sendiri tanpa sebarang tekanan atau paksaan daripada mana-mana individu atau pihak.

Aliff Daniel turut menginsafi perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi perkara sama, selain berusaha mendalami serta mengamalkan ajaran Islam berdasarkan pengetahuan ilmu yang benar.

"Saya insaf dan berazam untuk menjadi seorang Muslim lebih baik daripada sebelumnya," ujar beliau.

Dalam pada itu, Aliff Daniel turut menggesa mana-mana individu yang terpengaruh dengan perbuatannya sebelum ini supaya menghentikan kepercayaan yang terbina berdasarkan amalan berkenaan dan kembali kepada ajaran Islam.

Aliff Daniel ketika majlis melafazkan pengisytiharan taubat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Khamis. Foto: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan bimbingan daripada guru berkelayakan atau pihak berkuasa agama seperti Jabatan Mufti Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri berkaitan amalan keagamaan.

Terdahulu, Aliff Daniel diperintahkan menjalani pemulihan akidah selama tiga bulan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan pemujaan salah di sebuah kuil di Batu Caves pada 24 Januari 2024.

Sementara itu, Nur Ranea mengakui rasa kesal kerana gagal memberikan teguran, nasihat dan sokongan secukupnya kepada Aliff Daniel.

Nur Ranea berkata, dia menginsafi kelemahannya sebagai seorang adik dalam menjaga keharmonian institusi kekeluargaan sehingga abangnya itu terjebak dengan aktiviti ritual dan amalan bercanggah dengan syariat serta pegangan akidah Islam.

Nur Ranea turut mengakui kemungkinan sikap tidak ambil peduli dan kelalaian pada masa lalu menyebabkan dirinya gagal memberikan teguran sewajarnya ketika abangnya terpengaruh dengan persekitaran atau pengaruh luar.

"Saya dengan penuh rasa sesal dan rendah diri mengakui segala bentuk kelalaian mahupun kelemahan saya sebagai seorang adik dalam menjaga kemurnian institusi kekeluargaan," katanya.