Gergasi teknologi China, Tencent lancar model baharu AI

Iklan
Tencent melancarkan model kecerdasan buatan (AI) baharu dikenali sebagai Hy4. Gambar hiasan - Foto Anadolu Ajansi

ISTANBUL - Gergasi teknologi China, Tencent pada Rabu melancarkan model kecerdasan buatan (AI) baharu dikenali sebagai Hy4, dilengkapi ciri perlindungan bagi mengurangkan risiko penyalahgunaan dalam serangan siber dan penyelidikan biologi yang berpotensi mendatangkan bahaya, lapor Anadolu Ajansi.

Syarikat yang berpangkalan di Shenzhen dan terkenal sebagai pembangun aplikasi pemesejan popular WeChat itu memaklumkan bahawa model berkenaan dilatih menggunakan data keselamatan siber yang memfokuskan kepada tugas pertahanan seperti mengenal pasti dan membaiki kelemahan perisian, tanpa melibatkan bahan berkaitan eksploitasi kelemahan sistem untuk tujuan serangan.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.