Mahasiswa jadi sugar baby?
Iklan
Wang boleh dicari dengan pelbagai cara, tetapi keselamatan diri dan masa depan bukan sesuatu yang wajar dipertaruhkan. Gambar hiasan
TERUS terang, saya turut bimbang apabila isu penglibatan mahasiswa dalam aktiviti sugar baby kembali menjadi perbualan. Lebih membimbangkan apabila perkara ini seolah-olah semakin mudah diterima, malah ada yang melihatnya sebagai satu cara untuk mendapatkan wang, hadiah atau menikmati kehidupan lebih selesa.
Kita perlu jelas, kesempitan hidup bukan lesen untuk membenarkan apa sahaja pilihan. Mahasiswa mungkin berdepan tekanan kewangan tapi menjadikan hubungan berasaskan wang sebagai jalan keluar bukan keputusan yang boleh dipandang ringan.